PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK





Bagi mencapai keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini, program peningkatan akademik berfokus kepada Teknik dan Strategi Menjawab Kertas UPSR.

Untuk itu, penceramah yang dijemput untuk membimbing calon UPSR 2009 sekolah kami adalah daripada kalangan pakar dalam subjek teras masing-masing.

En. Mohd. Safri Ishak, Penolong Pengarah (Sains Sekolah Rendah), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP), telah sudi meluang masa selama hampir 2 jam setengah di SKDN. Beliau telah menarik minat murid-murid terhadap matapelajaran Sains, di samping menitikberatkan teknik dan strategi menjawab kertas Sains, dengan memberikan contoh-contoh menarik berdasarkan persekitaran dan paparan pada LCD.

Bagi matapelajaran Matematik pula, Pn. Normadiah Sarip (GPK Hal Ehwal Murid SKDN), yang berpengalaman bertahun-tahun dalam penandaan kertas Matematik, telah membimbing calon UPSR dari segi teknik menjawab kertas 2. Beliau turut menyentuh tentang pemarkahan berdasarkan contoh jawapan yang diberi murid.

Insya-Allah, selepas ini, teknik menjawab kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan.

Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan oleh penceramah-penceramah berkenaan.

0 comments:

Post a Comment