Program Peningkatan Jati Diri - Persediaan Ke Arah Kecemerlangan

0 comments


Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR / Tahun 6 (2009) SKDN telah mengadakan satu program khas (separuh hari) pada 1 Julai lalu bertempat di Dewan Seri Langkat, SK Dusun Nanding.

Program ini bertujuan menyedarkan diri murid ke arah kesediaan mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang. Untuk itu, kami telah mengundang En. Kamarudin Kasim - seorang perunding motivasi yang berpengalaman dari Terengganu, bagi mengendalikan program tersebut.

Dibantu sdr. Irmansyah, program yang dijalankan berjaya menyuntik semangat, menimbulkan kesedaran, seterusnya menjadi pendorong kepada murid-murid untuk mempersiapkan diri mereka berdepan dengan UPSR.

Harapan kami, semoga airmata yang tertumpah sewaktu slot 'Muhasabah Diri' itu, bukan sekadar tangisan 'kosong'. Sebaliknya berupa kesedaran dan semangat untuk berubah sikap, menanam azam dan berusaha dengan gigih bagi menempa kejayaan.
Didoakan!

[...]

Program Peningkatan Akademik - Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu

0 comments


Demi meningkatkan kefahaman dan kemahiran menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR, program ini dirangka dan dirancang dengan menjemput penceramah berpengalaman. Beliau yang dimaksudkan- Pn. Habibah Hasim (GPK KK, SK Tun Abdul Aziz Majid), mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penandaan kertas Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR.

Semoga calon UPSR dapat memanfaatkan segala ilmu yang ditimba daripada ceramah tersebut.

[...]