SELAMAT MENGHADAPI UPSR, ANAK-ANAK SKDN!

0 comments

SELAMAT MENGHADAPI UPSR!

SEMOGA KALIAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA, AGAR DAPAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN SENANG.

GIGIHLAH BERUSAHA.
JAGA IBADAH, KHUSUSNYA SOLAT DAN PUASA.
HORMATI SEMUA ORANG, KHUSUSNYA IBU BAPA & GURU.
BAHAGIKAN MASA YANG TERANCANG DALAM MENGULANGKAJI PELAJARAN.
PASTIKAN REHAT YANG MENCUKUPI, AGAR MENTAL DAN FIZIKAL BENAR-BENAR RELAKS DAN BERSEDIA UNTUK MENJALANI UPSR.

DIDOAKAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA SEMUA..
Amiin..

[...]

Program Peningkatan Jati Diri - Persediaan Ke Arah Kecemerlangan

0 comments


Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR / Tahun 6 (2009) SKDN telah mengadakan satu program khas (separuh hari) pada 1 Julai lalu bertempat di Dewan Seri Langkat, SK Dusun Nanding.

Program ini bertujuan menyedarkan diri murid ke arah kesediaan mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang. Untuk itu, kami telah mengundang En. Kamarudin Kasim - seorang perunding motivasi yang berpengalaman dari Terengganu, bagi mengendalikan program tersebut.

Dibantu sdr. Irmansyah, program yang dijalankan berjaya menyuntik semangat, menimbulkan kesedaran, seterusnya menjadi pendorong kepada murid-murid untuk mempersiapkan diri mereka berdepan dengan UPSR.

Harapan kami, semoga airmata yang tertumpah sewaktu slot 'Muhasabah Diri' itu, bukan sekadar tangisan 'kosong'. Sebaliknya berupa kesedaran dan semangat untuk berubah sikap, menanam azam dan berusaha dengan gigih bagi menempa kejayaan.
Didoakan!

[...]

Program Peningkatan Akademik - Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu

0 comments


Demi meningkatkan kefahaman dan kemahiran menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR, program ini dirangka dan dirancang dengan menjemput penceramah berpengalaman. Beliau yang dimaksudkan- Pn. Habibah Hasim (GPK KK, SK Tun Abdul Aziz Majid), mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penandaan kertas Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR.

Semoga calon UPSR dapat memanfaatkan segala ilmu yang ditimba daripada ceramah tersebut.

[...]

KURSUS KEPIMPINAN - PEMIMPIN MUDA (KEM TUNAS BUDI 2009)

0 comments



Buat kali keenam, Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin SK Dusun Nanding, bekerjasama menganjurkan kursus kepimpinan bagi pemimpin muda. Namun, pada kali ini, pengendalian kursus diserahkan sepenuhnya kepada pihak konsultan luar- Ikhwan Training & Resourse. Ini bertujuan memberikan pengalaman berlainan, di samping mendapatkan input yang berbeza, memandangkan sebilangan besar peserta adalah daripada kalangan pemimpin yang sama seperti tahun lepas.

Sasaran peserta tentunya pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, ketua dan penolong ketua kelas. Begitupun, pada tahun ini, pihak urusetia bersetuju memberi peluang kepada ahli jawatankuasa kelab dan persatuan untuk turut terlibat sama.

Berikut dipaparkan gambar sepanjang aktiviti dijalankan..

[...]

Menyertai Pertandingan Web-Blog Digital

0 comments

Di sini beberapa gambar ketika menyertai pertandingan web-blog digital di Kolej Universiti Islam Malaysia. Alhamdulillah kami telah berjaya menjuarai pertandingan ini. Terima kasih kepada guru pembimbing, Cikgu Adlan dan Cikgu Yusof serta hakim-hakim lagi arif bijaksana. Kami akan 'update' lagi post ini dimana kami akan menambah beberapa gambar lagi termasuk gambar hadiah2 yg kami terima seperti trophy dan sijil.




[...]

Carta Organisasi UBK SKDN

0 comments

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING

SESI 2009

PENASIHAT
Pn. Nazirah bt. Mohd. Nordin (Guru Besar)

PENGERUSI
Pn. Normadiah bt. Sarip

NAIB PENGERUSI 1
En. Azman b. Abd. Manaf

NAIB PENGERUSI 2
Pn. Ropitah bt. Ismail

PENYELARAS

En. Adlan b. Mohd. Ali

SETIAUSAHA
Pn. Afidathul Afirah bt. Abu Samah

Ahli Jawatankuasa
En. Muhammad Hazizan b. Mat Lazim
En. Mohd. Iswan Masrizal b. Ismail
Pn. Nor Salili Mohd. Isa


[...]

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

0 comments





Bagi mencapai keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini, program peningkatan akademik berfokus kepada Teknik dan Strategi Menjawab Kertas UPSR.

Untuk itu, penceramah yang dijemput untuk membimbing calon UPSR 2009 sekolah kami adalah daripada kalangan pakar dalam subjek teras masing-masing.

En. Mohd. Safri Ishak, Penolong Pengarah (Sains Sekolah Rendah), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP), telah sudi meluang masa selama hampir 2 jam setengah di SKDN. Beliau telah menarik minat murid-murid terhadap matapelajaran Sains, di samping menitikberatkan teknik dan strategi menjawab kertas Sains, dengan memberikan contoh-contoh menarik berdasarkan persekitaran dan paparan pada LCD.

Bagi matapelajaran Matematik pula, Pn. Normadiah Sarip (GPK Hal Ehwal Murid SKDN), yang berpengalaman bertahun-tahun dalam penandaan kertas Matematik, telah membimbing calon UPSR dari segi teknik menjawab kertas 2. Beliau turut menyentuh tentang pemarkahan berdasarkan contoh jawapan yang diberi murid.

Insya-Allah, selepas ini, teknik menjawab kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan.

Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan oleh penceramah-penceramah berkenaan.

[...]

Hormatilah Semua Orang

0 comments

Apakah bangsa kita diajar untuk bersikap kurang ajar..?
Cermin diri, demi keharmonian hidup bermasyarakat.

[...]

GOTONG-ROYONG PERDANA

0 comments




Atas nama pemuafakatan, warga SK Dusun Nanding yang terdiri daripada guru-guru, staf, murid-murid, serta ibu bapa penjaga telah berganding bahu menambah keceriaan pada wajah sekolah.

Aktiviti gorong-royong yang dijalankan dalam suasana muhibbah ini mendapat sambutan menggalakkan, berdasarkan kehadiran ramai ibu bapa murid.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengecat batu bata di kawasan sekolah, mengecat pintu bilik darjah, menanam pokok-pokok bunga, dan membersihkan persekitaran sekolah.

Semoga semangat kerjasama yang terjalin ini akan berpanjangan demi kebajikan terhadap anak-anak SKDN.

[...]

HARI KONFERENSI - TAHUN 6 / 2009

0 comments



Bertempat di Dewan Seri Langkat, SK Dusun Nanding, sesi perjumpaan ibu bapa penjaga murid Tahun 6 /2009 telah diadakan.

Kehadiran ibu bapa penjaga pada tahun ini dianggap menggalakkan.

Selain sesi dialog pentadbir-ibu bapa, ikrar akujanji murid dan ceramah keibubapaan turut diadakan.

Diharap program ini dapat mempererat hubungan dua hala guru-ibu bapa murid, demi meningkatkan pencapaian akademik anak-anak khususnya yang akan menghadapi UPSR tahun ini.

*Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang aktiviti


*Ceramah keibubapaan -mengajak ibu bapa murid mengutamakan kepentingan pendidikan rohani terhadap anak-anak

[...]

CERAMAH ANTI DADAH - SPADA/USIM

0 comments



Baru-baru ini, satu sesi ceramah antidadah telah diadakan khusus untuk murid-murid Tahap 2.
Pelajar Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA) sesi 08/09, sdr. Wan Mohd. Anuar Wan Musa, telah meluang masa memberikan ceramah secara percuma kepada sekolah-sekolah, bersama rakan-rakan sepengajian beliau.

Banyak maklumat berkaitan bahaya dadah dan penyalahgunaannya telah didedahkan kepada murid-murid. Dengan paparan gambar sebenar mangsa ketagihan dadah, selain tayangan pendek klip video, sedikit sebanyak berjaya menyuntik rasa gerun kepada murid-murid, seterusnya menjadi iktibar dan pedoman buat mereka menghadapi cabaran gejala sosial yang menular di kalangan belia masa kini.

Semoga murid-murid sentiasa berwaspada dengan ancaman musuh nombor satu negara ini.
*Sekalung penghargaan dan ungkapan- "TERIMA KASIH!" - buat sdr. Wan Mohd. Anuar dan sahabat beliau, sdr. Noorhisham Hamzah, kerana menjayakan program kesedaran bahaya dadah tersebut.

[...]

SOPAN-SANTUN DI JALANRAYA

0 comments

Renungkanlah video ini...inikah budaya kita?

[...]

PROGRAM MAJU DIRI (PMD) dan PROGRAM MESRA SEKOLAH (PMS)

0 comments

Program Maju Diri (PMD) dan Program Mesra Sekolah (PMS) dilaksanakan lebih awal pada tahun ini bermula pada minggu pertama persekolahan.
PMD dilaksanakan bagi murid-murid Tahap 2, berdasarkan modul yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Program Maju Diri
bertujuan membentuk kesedaran diri dan semangat belajar yang berterusan di kalangan murid-murid.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut ;
1. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap Tuhan, masyarakat sekolah dan diri murid.
2. Mewujudkan rasa kekeluargaan di antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
3. Meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi pembelajaran dan mensasarkan
kemajuan/kejayaan diri sendiri.
4. Mendedahkan murid kepada asas kemahiran belajar dan sistematik.
5. Membentuk nilai dan sikap positif di kalangan murid terhadap ilmu pengetahuan.

Manakala Program Mesra Sekolah pula, dirangka bagi murid-murid Tahun 2 dan 3, bertujuan mengembalikan 'mood' bersekolah, memahami dan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah, serta menyediakan diri mereka dengan suasana pembelajaran yang lebih teratur dan terancang.

Kejayaan terhadap program yang dilaksanakan ini bergantung kepada inisiatif, kreativiti, dan kerjasama fasilitator yang terdiri daripada guru-guru setiap aliran.
Semoga murid-murid dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang pelaksanaan program berkenaan.

[...]