SELAMAT MENGHADAPI UPSR!
SEMOGA KALIAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA, AGAR DAPAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN SENANG.
GIGIHLAH BERUSAHA.
JAGA IBADAH, KHUSUSNYA SOLAT DAN PUASA.
HORMATI SEMUA ORANG, KHUSUSNYA IBU BAPA & GURU.
BAHAGIKAN MASA YANG TERANCANG DALAM MENGULANGKAJI PELAJARAN.
PASTIKAN REHAT YANG MENCUKUPI, AGAR MENTAL DAN FIZIKAL BENAR-BENAR RELAKS DAN BERSEDIA UNTUK MENJALANI UPSR.
DIDOAKAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA SEMUA..
Amiin..
SELAMAT MENGHADAPI UPSR, ANAK-ANAK SKDN!
0 commentsProgram Peningkatan Jati Diri - Persediaan Ke Arah Kecemerlangan
0 comments
Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Program Peningkatan UPSR / Tahun 6 (2009) SKDN telah mengadakan satu program khas (separuh hari) pada 1 Julai lalu bertempat di Dewan Seri Langkat, SK Dusun Nanding.
Program ini bertujuan menyedarkan diri murid ke arah kesediaan mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang. Untuk itu, kami telah mengundang En. Kamarudin Kasim - seorang perunding motivasi yang berpengalaman dari Terengganu, bagi mengendalikan program tersebut.
Dibantu sdr. Irmansyah, program yang dijalankan berjaya menyuntik semangat, menimbulkan kesedaran, seterusnya menjadi pendorong kepada murid-murid untuk mempersiapkan diri mereka berdepan dengan UPSR.
Harapan kami, semoga airmata yang tertumpah sewaktu slot 'Muhasabah Diri' itu, bukan sekadar tangisan 'kosong'. Sebaliknya berupa kesedaran dan semangat untuk berubah sikap, menanam azam dan berusaha dengan gigih bagi menempa kejayaan.
Didoakan!
Program Peningkatan Akademik - Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu
0 comments
Demi meningkatkan kefahaman dan kemahiran menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR, program ini dirangka dan dirancang dengan menjemput penceramah berpengalaman. Beliau yang dimaksudkan- Pn. Habibah Hasim (GPK KK, SK Tun Abdul Aziz Majid), mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penandaan kertas Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR.
Semoga calon UPSR dapat memanfaatkan segala ilmu yang ditimba daripada ceramah tersebut.
KURSUS KEPIMPINAN - PEMIMPIN MUDA (KEM TUNAS BUDI 2009)
0 comments
Buat kali keenam, Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin SK Dusun Nanding, bekerjasama menganjurkan kursus kepimpinan bagi pemimpin muda. Namun, pada kali ini, pengendalian kursus diserahkan sepenuhnya kepada pihak konsultan luar- Ikhwan Training & Resourse. Ini bertujuan memberikan pengalaman berlainan, di samping mendapatkan input yang berbeza, memandangkan sebilangan besar peserta adalah daripada kalangan pemimpin yang sama seperti tahun lepas.
Sasaran peserta tentunya pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, ketua dan penolong ketua kelas. Begitupun, pada tahun ini, pihak urusetia bersetuju memberi peluang kepada ahli jawatankuasa kelab dan persatuan untuk turut terlibat sama.
Berikut dipaparkan gambar sepanjang aktiviti dijalankan..
Menyertai Pertandingan Web-Blog Digital
0 commentsDi sini beberapa gambar ketika menyertai pertandingan web-blog digital di Kolej Universiti Islam Malaysia. Alhamdulillah kami telah berjaya menjuarai pertandingan ini. Terima kasih kepada guru pembimbing, Cikgu Adlan dan Cikgu Yusof serta hakim-hakim lagi arif bijaksana. Kami akan 'update' lagi post ini dimana kami akan menambah beberapa gambar lagi termasuk gambar hadiah2 yg kami terima seperti trophy dan sijil.
Carta Organisasi UBK SKDN
0 comments UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN NANDING
SESI 2009
PENASIHAT
Pn. Nazirah bt. Mohd. Nordin (Guru Besar)
PENGERUSI
Pn. Normadiah bt. Sarip
NAIB PENGERUSI 1
En. Azman b. Abd. Manaf
NAIB PENGERUSI 2
Pn. Ropitah bt. Ismail
PENYELARAS
En. Adlan b. Mohd. Ali
SETIAUSAHA
Pn. Afidathul Afirah bt. Abu Samah
En. Muhammad Hazizan b. Mat Lazim
En. Mohd. Iswan Masrizal b. Ismail
Pn. Nor Salili Mohd. Isa
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
0 comments
Bagi mencapai keputusan UPSR yang lebih baik pada tahun ini, program peningkatan akademik berfokus kepada Teknik dan Strategi Menjawab Kertas UPSR.
Untuk itu, penceramah yang dijemput untuk membimbing calon UPSR 2009 sekolah kami adalah daripada kalangan pakar dalam subjek teras masing-masing.
En. Mohd. Safri Ishak, Penolong Pengarah (Sains Sekolah Rendah), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP), telah sudi meluang masa selama hampir 2 jam setengah di SKDN. Beliau telah menarik minat murid-murid terhadap matapelajaran Sains, di samping menitikberatkan teknik dan strategi menjawab kertas Sains, dengan memberikan contoh-contoh menarik berdasarkan persekitaran dan paparan pada LCD.
Bagi matapelajaran Matematik pula, Pn. Normadiah Sarip (GPK Hal Ehwal Murid SKDN), yang berpengalaman bertahun-tahun dalam penandaan kertas Matematik, telah membimbing calon UPSR dari segi teknik menjawab kertas 2. Beliau turut menyentuh tentang pemarkahan berdasarkan contoh jawapan yang diberi murid.
Insya-Allah, selepas ini, teknik menjawab kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan.
Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan oleh penceramah-penceramah berkenaan.